~pengetua~

Puan Solehah Awang
dilahirkan pada 2 September 1957 di Kg. Kubang Julai, Tokai, Kedah.
Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Rambai kemudian ke Sek.Men.Agama
Simpang Empat dan Maktab Mahmud. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan
pengajian di UKM dalam bidang Syariah Islamiah. Suaminya merupakan
pengetua SMKA Nibong Tebal. Beliau mempunyai 4 cahaya mata.
Beliau memulakan khimat
sebagai guru di SMK Panglima Bukit Gantang (1981-1985) kemudian SMK
Ibrahim (1986-1998) kemudian SMK Dato Bijaya, Sg.Petani (1999-2000)
kemudian di SMK Kg. Nangka, Sarawak ( 2000-2001) kemudian SMK Tunku
Abd.Rahman (2001-2002), SMK Cik Alwi (2002-2004) kemudian di SMK Syekh
Barakbah (2005-2007), Jawi, P.Pinang sebagai PK Pentadbiran dan
seterusnya menjawat pengetua di SMKA(P) AlMashoor pada Ogos tahun 2007.
Persepsi awal tentang
sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang berjenama, mempunyai pelajar
dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan semua
bidang. Persepsi beliau yang terkini ialah masih lagi sama seperti
persepsi awal beliau terutamanya dari segi ciri-ciri dan budaya yang
terdapat di sini.
Wawasan dan sasaran
beliau ialah untuk meletakkan nama sekolah di dalam kelompok sepuluh
yang teratas di dalam negara. Untuk menjalankan sasaran ini,beliau ingin
memantapkan pembelajaran pelajar dengan mengadakan 'head count' iaitu
mengenalpasti pelajar yang lemah dan membantu mereka mencapai sasaran di
dalam PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang berpotensi akan dibimbing oleh
guru-guru yang lain. Selain itu juga, beliau juga ingin mewujudkan
sistem jaringan maklumat yang lebih efektif.
Beliau berharap agar
sekolah ini dapat mengekalkan identiti tersendiri, menjadi model kepada
sekolah yang lain dan dikenali di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.